Wednesday 20 July 2011

Maksud P&P

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

REKA BENTUK PENGAJARAN

PENGENALAN

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Tuesday 19 July 2011

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Model ASSURE

Model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993)
dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Model ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif, pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak semula media dan bahan.

Friday 15 July 2011

KARNIVAL SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ZON UTARA

KARNIVAL SEKOLAH KLUSTER
PADA 15 HINGGA 17 JULAI 2011
DI SMK DATO' SYED AHMAD, KUALA NERANG, KEDAH.

Thursday 14 July 2011

Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

DEFINISI
  • Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Apakah P&P?

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Wednesday 13 July 2011

PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KONTEKS PENGAJARAN BAHASA MELAYU

PCK yang mula dicadangkan oleh Shulman (1986) telah  dikembangkan bersama rakan setugasnya yang lain dalam projek ‘knowledge Growth in Teaching’ sebagai satu model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini telah mengkaji bagaimana guru-guru baru telah memperoleh kefahaman baru tentang isi kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran mereka. Shulman (1987) mengatakan bahawa PCK adalah gabungan antara pengetahuan isi kandungan dan pedagogi.