Thursday 15 September 2011

Pedagogi: Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Ada yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian kerana konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Keempat-empat konsep ini adalah amat berguna bagi guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Friday 9 September 2011

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET).Hipotesis RET bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘Reason and Emotion In Psychotherapy’ dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul ‘A Guide to Rational Living’.