Wednesday 7 January 2015

Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembela­jaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang diha­dapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa.