Pages

Friday, 17 June 2011

Pengertian Kaunseling


Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.  
 Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.


Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

No comments:

Post a Comment