Pages

Tuesday, 19 July 2011

Model ASSURE

Model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993)
dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Model ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif, pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak semula media dan bahan.
a)     Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi,
b)     Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.  
2. Nyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus.
a)     Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.
b)     Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.
3. Pilih media dan bahan.
Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
4. Gunakan alat/bahan pengajaran.
a)     Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.
b)     Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan.
c)     Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.
d)     Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata­kan tujuan dan objektif pembelajaran.
e)     Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?
 5. Libatkan pelajar.
    Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem­buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai­nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta diberi selepas pelajar memberi tindak  balas yang betul (Skinner, 1954).
 6. Nilai dan semak semula bahan.
Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan:
a.     Adakah objektif-objektifpembelajaran tercapai?
b.    Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran?
c.   Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?
d.    Adakah suasana pembelajaran selesa?
                  e.  Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?
1. Analisis ciri pelajar.

No comments:

Post a Comment