Pages

Tuesday, 5 November 2013

PROFESION PERGURUAN YANG CEMERLANG

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Friday, 10 May 2013

GAYA PEMBELAJARAN


Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Demikian juga, para guru Bahasa Melayu (GBM) yang mempunyai pandangan yang berbeza tentang gaya pembelajaran. Menurut Dunn (1980), gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memproses serta mengekalkan maklumat baru. Gaya pembelajaran bergantung kepada ciri-ciri biologi dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Akibatnya, sesuatu pengajaran boleh jadi berkesan bagi seorang pelajar tetapi tidak berkesan bagi pelajar yang lain kerana gaya pembelajaran mereka berbeza.