FAKTOR
penting yang menggerakkan kelancaran sistem pendidikan ialah guru atau
pendidik. Guru adalah kumpulan pelaksana pendidikan formal yang diamanahkan
untuk merancang, melaksana dan menilai kesan pengajaran dan pembelajaran. Oleh
kerana tanggungjawab guru terhadap kejayaan misi dan pengisian wawasan
pendidikan adalah tinggi maka wajarlah program pendidikan guru sentiasa dikemas
kini supaya selaras dengan perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan
negara.