Thursday 30 June 2011

Teori Carl Rogers-Teori Pemusatan Klien

Diasaskan oleh Carl Ransom Rogers.  Ia juga dikenali sebagai Teori Pemusatan Insan dan juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic).
Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan di dalam tahun 1962. Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972.

Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago. Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah rapat. Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya. Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya.

Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah kedoktorannya pada tahun 1931.
Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957 beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai ‘resident fellow’. Dari tahun 1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970).
Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical Association (APA) dari tahun 1946 – 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan.

1 comment: