SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU
KURSUS INOVASI KDP PROFESIONAL 4 MINGGU PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Peserta kursus mendengar Taklimat Kursus MBM KDP 4 Minggu Ambilan 2 2011 yang disampaikan oleh Penyelaras MBM, En. Suhemi Abdul. Taklimat ini diadakan di Bilik J PLGDP Sungai Karangan, Kedah Darul Aman. Seramai 24 orang guru Bahasa Melayu dari negeri Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis telah mendaftar sebagai peserta Kursus Inovasi P&P Bahasa Melayu Melalui TMK (SM) manakala 24 orang lagi mendaftar bagi Kursus Teknik Drama Kreatif Dalam P&P Bahasa Melayu (SM). Kursus yang bermula pada 03 Julai 2011 akan tamat pada 28 Julai 2011. Perasmian kursus ini telah disempurnakan pada 04 Julai 2011 oleh Tn. Hj. Yusof bin Ahmad, Pensyarah Kanan yang mewakili Pengarah IPGKSAH. Majlis perasmian turut dihadiri oleh En. Aznan bin Md Akhir, Ketua Unit LDP IPGKSAH dan barisan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGKSAH.
- KONSEP DAN DEFINISI TECHNOLOGY PEDAGOGY CONTENT KNOWLEDGE (TPCK)
- KONSEP BLOG DAN PEMBANGUNAN
- KONSEP MOD PENEROKAAN DAN MOD TUTORIAL
- EKSPLORASI PORTAL PENDIDIKAN
- PEMILIHAN BAHAN BUDAYA
- PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA
- PENGUMPULAN BAHAN MEDIA P&P PELBAGAI BIDANG ILMU
- MENGUMPUL BAHAN P&P MENGIKUT KEMAHIRAN DAN TEMA
- MEMBUAT PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN BAHAN UNTUK AKSES KENDIRI
- PENGUNAAN MICROSOFT PUBLISHER DALAM P&P BAHASA MELAYU
- KOMUNIKASI MELALUI LAMAN INTERAKSI SOSIAL
- e-Kamus
- APLIKASI HALAMAN KERJA MELALUI MS WORD & POWERPOINT
- SIKAP GURU BM
- CV AKADEMIK DR ZAMBRI
- MEMPERKASAKAN GURU BAHASA MELAYU DALAM P&P TPCK