Profesion perguruan atau bekerja
sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan
profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada
individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi
semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat
perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih
tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang
digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
Guru adalah merupakan ejen kepada
keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah
bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi.
Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau
ulama’. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri
malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah,
komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya
guru menerapkan nilai–nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama
lain tidak mengira bangsa dan agama.
Guru merupakan golongan pendidik
yang banyak berjasa serta menabur bakti untuk memberi pendidikan kepada anak
bangsa kita. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan para pelajar harus dan wajar
memberi penghormatan serta pengiktirafan
yang tertinggi atas pengorbanan dan sumbangan guru- yang sentiasa bertungkus
lumus tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita.
Kita juga harus meletakkan
martabat guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia kerana para guru adalah
penentu masa depan generasi muda. Prestasi, imej dan kualiti perkhidmatan
mereka yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya
akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Golongan
pendidik adalah seperti lilin, membakarkan diri demi menerangi orang lain. Oleh
sebab itu, profesion guru disanjung tinggi oleh masyarakat.
Guru ialah mereka yang
menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada
agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu
alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai
kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Seseorang Muslim
dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana
ketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan,
bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang
beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh
al-Quran: ‘Allah akan
meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan
ilmu pengetahuan beberapa darjat’.
Mereka yang berilmu diberi
kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain
serta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa
sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah s.a.w. Mereka diberikan
tanggungjawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya
selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain, mereka sebagai pewaris
yang mempusakai tugas Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda.
Imam al-Ghazali menyatakan,
‘tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada
kemulian yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian’.
Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada matlamat atau tujuan
diutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai nabi dan rasul kepada umat manusia. Di
samping menjadi rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan
pendidik. Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari anak sungai
hingga ke dasar lautan. Merujuk kepada al-Quran, Allah s.w.t. berfirman dalam
surah al-Mujaadalah, ayat 11 yang bermaksud :
‘Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan’.
Melalui ayat ini diperjelaskan
tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para guru atau pendidik.
Pendidikan adalah aset penting yang menghala tuju pembangunan negara serta aset
yang bernilai dalam pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan jati
diri atau keperibadian yang unggul.
Guru perlu memiliki sifat dan
ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai
luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling
penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya.
Guru yang cemerlang bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan
pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi,
bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta
amanah dalam menjalankan tugasnya.
Prinsip utama seorang guru yang cemerlang
adalah ia mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladan'
adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu
menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan
mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak
berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang
guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh
tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenar guru ini
dikelaskan sebagai:
a. al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar.
b. al-murabbi : menjayakan proses tarbiah.
c. al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti.
d. al-mursyid : membentuk kepimpinan insan.
e. al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran.
Seorang guru yang cemerlang tidak
akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia menyalahkan dirinya
terlebih dahulu, dan di samping itu pula berusaha meningkatkan ketrampilan dan
kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi.
Bidang pendidikan sentiasa
berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat
percantuman pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet serta
mendepani arus globalisasi, dunia telah membawa banyak cabaran kepada kita.
Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya ICT merubah dunia pembelajaran,
umpamanya muncul pembelajaran melalui 'online'. Para guru pada hari ini perlu bersikap
produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi
yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang
maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang dikuasai
guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang
cemerlang dan berkualiti.
Sebagai pemangkin, guru perlu
menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bukan hanya untuk
menyampaikan ilmu di dunia semata-mata, tetapi juga untuk meraih kepentingan
ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui
keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Penguasaan ilmu yang seimbang
antara duniawi dan ukhrawi, insya-Allah akan dapat melahirkan generasi yang
berilmu, bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan bersesuaian dengan kehendak
pasaran dunia pada alaf baru ini.
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah
mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu dalam kalangan kita semua.
Oleh yang demikian, profesion perguruan adalah merupakan satu profesion yang
tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. Ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. di
dalam firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 9 yang bermaksud:
‘Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran
dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna’.
Sumber: Ringkasan ucapan TOKOH
GURU KEBANGSAAN 2007
Brothers / Sister ini. Adakah anda sedang mencari pinjaman untuk membiayai perniagaan besar atau kecil anda, kami akan membantu anda mendapatkan jumlah yang besar pinjaman yang anda inginkan untuk perniagaan anda, kami menawarkan perniagaan kelas pertama dan pinjaman komersial bagi membolehkan perniagaan kecil mencapai kejayaan dalam mendapatkan memulakan atau membiayai semula penarafan kredit Bad perniagaan mereka diterima dan prestasi perniagaan miskin accepted.apply hari ini melalui e-mel osmanmoneyfinance@gmail.com
ReplyDeleteBORANG PERMOHONAN PINJAMAN
Nama:
Seks:
alamat:
pekerjaan:
Negeri:
negara:
Nombor telefon:
Tempoh Pinjaman:
Pinjaman Diperlukan:
Pernahkah anda memohon sebelum ?:
Email kami osmanmoneyfinance@gmail.com
Brothers/Sister's. Are you looking for loan to finance your large or small business,we'll help you get the large amount of loan you desire for your business,we offer first class business and commercial loan to enable small scale business attain success in obtaining start up or refinance their business Bad credit rating accepted and poor business performance are accepted.apply today via email osmanmoneyfinance@gmail.com
ReplyDeleteLOAN APPLICATION FORM
Name:
Sex:
Address:
Occupation:
State:
Country:
Phone Number:
Loan Duration:
Loan Needed:
Have you applied before?:
Email us osmanmoneyfinance@gmail.com