Wednesday 20 July 2011

REKA BENTUK PENGAJARAN

PENGENALAN

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti.

REKA BENTUK PENGAJARAN

Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran.

Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.

Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:
i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai
iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaran
vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek berikut:
i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik
iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

MODEL REKABENTUK PENGAJARAN
Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalam membangunkan perisian berasal adalah daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model diperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yang dicadangkan hampir sama.

Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal ialah:

i.   Model ADDIE
ii.  Model ASSURE
iii. Model Hanaffin and Peck
iv. Model Robert Glasea
v.  Model Branson
vi. Model Resier and Dick
vii. Model Van Patten
viii. Model Gentry
ix.  Model Dick and Carey
x.   Model Air Terjun
xi.  Model Prototyping
xii.  Model Smith and Ragan
xiii. Model Jerold Kemp
xiv. Model Gerlach and Ely
xv.  Model Diamon

Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:
i. Model berorentasikan bilik darjah
ii. Model orentasi produk
iii. Model orentasi sistem
iv. Model orentasi teknologi

Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.

Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).

Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996).

Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

MODEL ADDIE

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE
Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
Analisis
Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Analisa(Analysis)
  • Reka Bentuk(Design)
  • Pembangunan(Development
  • Perlaksanaan(Implementation)
  • Penilaian(Evaluation)

  1. Matlamat perisian
  2. Objektif perisian
  3. Kumpulan sasaran
  4. Kandungan perisian
  5. Pendekatan pedagogi
  6. Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.


Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.

Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.
Proses kerja dalam fasa ini ialah
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

Model ASSURE

Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Enam langkah dalam
model ini ialah:
A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)
S- Menyatakan Objektif (State Objectives)
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)
U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)
R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)

Menganalisis Pengguna

Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian. Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran. Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian juga perlu membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi pelajar sekolah rendah.


Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh pembangun perisian:

i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap dan cara pembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.

ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada yang sama.
iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).

Menyatakan objektif pembelajaran

Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-sumber berikut:
i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau ulasan pakar.
ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.

Pemilihan kaedah, media dan bahan

Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.

i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

ii. Memilih media
Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:
a) Media sedia ada
Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya perlu dimanipulasikan sahaja.
b) Media dibina
Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang dipilih perlulah:
a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum
b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa
c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajar
d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini
e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti
f) Mempunyai aspek nilai murni
g) Dapat merangsangkan daya pemikiran

Menggunakan media dan bahan pembelajaran
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan.

Penglibatan pelajar
Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif.

Melakukan penilaian dan pengubahsuaian
Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek:
i. Menilai kepuasan pengguna
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan


Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)


Rajah 4.2. Model Rapid Prototyping (1998)

Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu bentuk model pengajaran berorentasikan teknologi. Model ini mengandungi tujuh peringkat (Rajah 4.2). Model Rapid Protyping melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi. Prototaip yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip mempunyai keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.

Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip. Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan pembelajaran dalam perisian prototaip. Perisian prototaip selalu digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas perisian sebenar.

  
4.3.4. Model Reka Bentuk Air Terjun (1997)

Model Air Terjun mengandungi enam fasa yang berurutan. Model Air Terjun terdiri daripada enam fasa iaitu analisis, rekabentuk, implementasi, pembangunan intergrasi, pengujian atau penilaian dan penyelenggaraan (Rajah 4.3). Model Air Terjun mengutamakan reka bentuk penggunaan teknologi. Kelemahan model ini ialah proses pembangunannya terlalu terikat dengan satu fasa sehingga sukar untuk ianya diubahsuai atau mengikut kesesuaian suasana. Adalah mustahil untuk mengikut langkah secara terperinci tanpa wujud masalah.
Analisis feasibiliti
Analisis keperluan
Implement perisian
Penilaian dan pengujian
Kitaran prototaip
Pembangunan perisian
Mereka bentuk perisian


Rajah 4.3. Aliran Kerja Berdasarkan Model Air Terjun (1997)


Model Reka Bentuk Pengajaran Dick Dan Carey (1996)


Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk Dick Dan Carey (1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Rajah 4.4 menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey. Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi output kepada langkah berikutnya.
Analisis
Reka bentuk
Penyelenggaraan
Implementasi
Pengujian
Pembangunan



 Rajah 4.4 Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)

Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan. Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum.
Kenal pasti matlamat pengajaran
Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat
Penilaian formatif
Bina atau pilih bahan pengajaran
Bina strategi pengajaran
Bina item ujian rujukan kriteria
Tulis objektif prestasi
Penilaian sumatif
Buat analisis pengajaran








RAJAH 4.5. Model Reka Bentuk Hannafin Dan Peck (1988)
Model Hannafin Dan Peck (1988)
Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5) melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan.

Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan dilaksanakan.

Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif.
Fasa 1
Analisis
keperluan
Fasa 2
Reka bentuk
Fasa3
Pembangunan dan perlaksanaan
Penilaian dan pengulangan

Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media. Model ini juga sesuai digunakan untuk skop pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam kumpulan sasaran yang terhad.

Model Robert Glasea
Model Robert Glasea mempunyai empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia, kaedah mengajar dan penilaian.

i. Objektif pengajaran
Objektif pengajaran adalah hasil pengajaran yang melibatkan perubahan tingkah laku yang spesifik dan boleh diukur setelah mengikuti pelajaran. Objektif pengajaran adalah tahap jangkaan minima bagi prestasi yang dicapai oleh pelajar. Pembangun perisian boleh mendapat maklumat tentang objektif pengajaran daripada sukatan dan huraian kurikulum.
ii. Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan sedia ada adalah pengalaman yang telah dimiliki atau dikuasai oleh pelajar sebelum proses pembelajaran. Dengan mengetahui pengalaman, Objektif Pengajaran, Pengetahuan sedia ada, Kaedah Mengajar, Penilaian dan Maklum balas lepas pembangun perisian boleh memilih kaedah, tahap dan strategi yang bersesuaian dengan golongan sasarannya.
iii. Kaedah mengajar
Setelah menetapkan objektif yang hendak dicapai dan mengetahui pengalaman sedia ada padapelajar, barulah pengatur cara atau pembangun perisian memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan golongan sasaran.Kaedah mengajar penting bagi memastikan pengajaran yang hendak disampaikan dapat digunakan dan diaplikasikan.
iv. Penilaian
Bagi memastikan perisian ini menepati spesifikasi yang ditetapkan, perisian yang dibina perlu diuji. Penilaian yang melibatkan pelbagai pihak bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan komen. Laporan penilaian akan dapatmembaiki kesilapan dan kelemahan dalam perisian. Dengan adanya maklumbalas dari proses penilaian, seorang pembangun perisian atau pengaturcaraan boleh mengesan pencapaian dan penerimaan pelajar.

RUJUKAN
Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka
bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of
Education Research 49(3): 70-71.
Benjamin, L.T., Hopkin, J.R. & Nation. J.R. 1994. Psychology. Ed. ke-3. New York:
Macmillan Publishing.
19
Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row
Publishers, Inc.
Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International.
Brown, J.S. Collins, A. & Duguid, P. 1989. Situated cognition and the culture of
learning. Educational Researcher.
Carrol, J. M. 1990. The Nurnberg funnel : designing Minimalist Instruction for practical
computer skill. MIT Press.
Cates, W. M. 1992. 1992 Fifteen Principles For Design More Effective Instructional
hypermedia/ multimedia product. Education Technology, December: 5-11.
Checkley, Kathy. 1997. The first seven..and the eighth: A conversation with Howard
Gardner. Educational leadership (atas talian)
.
Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan
komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Chung Hang Tek. 2001 Perlaksanaan Program Latihan Sekolah Bestari. Kerta kerja
Krusus Peningkatan Profesinalisme Orentasi Pensyarah Baru Maktab Perguruan
Malaysia. Hotel Pearl International Kuala Lumpur , 21-27 Oktober
Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.
Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design. Holt Rinehart and
Winston.
Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction. Ed. ke-4. NewYork:
Holt.
Goh Kek Seng. 1990. Aktiviti Mengenal Komputer. Kuala Lumpur : Federal
Publication.
Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia
pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop.
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September.
Hannafin, M.J. & Peck 1988. The design, development and evulation of instructional
software. New York: Macmillan Publishing Company.
Harold, F., O'Neil, J.R. & Paris, J. 1981. Introduction and overview of computer-based
instruction. Computer-based instruction. hlm 1-21.
20
Harwood, W.S. & Mc Mahon, M.M. 1997. Effect of integrated video media on student
achievement and attitudes in high school chemistry. Journal of Research in Science
Teaching 34(6): 17-63.
Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs. New
York: Merill-Prentice Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional media
and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.
01. Pembangunan perisian multimedia satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur:
Venton Publishing.
Jamaludin Haron & Dr Zaidatun Tasir, 2004. Multimedia Dalam Pendikan. PTS
Pubication.
Jonassen, D. 1988. Designing structured hypertext and structuring access to hypertext.
Education Technology, November: 13-16.
Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New Jersey : Prentice Hall
Jones, T. & Berger, C. 1995. Student use of multimedia science instruction: Designing
generation. Journal of Education Multimedia, Hypermedia 4(4): 305-320.
Jones, D. 1997. Designing instruction: enter the constructivism.
http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (9 Julai 2001).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. http//kdp.ppk.kpm.my
Kementerian Pendidikan Malaysia 1997. Pasukan petugas sekolah bestari. sekolah
bestari di Malaysia.
Kozma, R.B. 1993. Learning with media. Review of Education Research 61(2): 179-211.
Krish, D. 1997. Interactivity and multimedia interfaces. Instructional Science 25: 79-96.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier
Hassan. 1998. Kajian penilaian dan perlaksanaan kursus dalam perkhidmatan 14
minggu sekolah bestari. Kertas kerja Seminar Bahagian Pendidikan Guru. Institusi
Perguruan Darul Aman, 6 - 8 October.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier
Hassan. 2000. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari
perintis Negeri Kedah dan Perlis. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan.
Alor Star, 25 -28 Jun.
21
Lee Shok Mee. 1997. Psikologi pendidikan 2: Teori dan aplikasi psikologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Levin, T. & Gordon. 1989. Effect of and Computer Experience On Attitude Towards
Computers. Journal of Educational Computing Research. (1), 69-88
Lim Sea Kiaw . 1995. Kajian status pelaksanaan Literasi Komputer di Sarawak. Tesis
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia
Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer in
education: from computer literacy to curriculum integration. Proceeding The
International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New
Jersey:
Mc Keown P,G. 1986. Living with computer. USA : Harcourt Brace Jovanovich
Publisher
Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,
M.N. 1996. Computer’s in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon.
Mohamad Izzat Ridwan . 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam pernigaan ICT .
Majalah PC September: 56-57
Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC,
September: 58-59
Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli. Surat.
Berita Harian, 23 Ogos: ms 11
Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-
Guru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.November .26-27
Mohd Ariff Hj Ismail. 2004. Model Reka Bentuk Instrksional Dalam Pengajaran dan
pemelajaran. Rekabentuk Pengajaran Dan ICT:Aplikasi Dalam Aliran Pendidikan
Era Globlisasi, hlm 1-11.
Mohd Dzulkifli A. Jalil. 2002. Kajian keberkesanan persekitaran pembelajaran
multimedia interaktif dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.
22
Mohd Ishak Othman. 2002. pembinaan pembelajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer: Belajar mengenai storan skunder. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology
for teaching
Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran
berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3 Disember:
16
Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993 Pengujian dan Penilaian Perisian . Media
ComiL.
Nurain Hafiza. 2002. Benarkah Melayu Sukar menguasi ICT. Majalah PC Oktober: ms 18 – 19
Orr, K.L., Golas, K.D & Yao, K 1994. Storyboard development for interactive multimedia
traninig. Journal of Interactive Instruction Development
Palmer W. Agnen, Anne S.Kellerman, Jeanine M.Meyer, 1996, Multimedia in The Classroom,
Allym & Bacon, Boston, London, Toronto
Park, L., & Hannafin, M.J. 1993. Empirically-based guideline for the design of interactive
multimedia. Education Technology Research and Development
Pavlov, I. P. 1962. Essay in psychology and psychiatry including a section on sleep and
hypnosis. New York: Citadel Press
Perzylo, L. 1993. The application of multimedia in schools. British Journal of Education
Technology 24(3): 191-197.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Falsafah
pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah
dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Reader, W. & Hammond, N. 1994. Computer bases microword: A bridge between
constructivism and direct instruction. Education Technology Research and
Development 40(1): 93-106.
Rivilin, E., Botagogo, R. & Shneiderman, B. 1994. Navigating in hyperspace: Designing
a structure-based toolbox. Communication of the ACM 37(2): 87-96.
23
Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan
literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259.
Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari.
Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan
Malaysia.November 26-27.
Rozinah Jamaludin. 2000. Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd.
Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau
fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30.
.
Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi
Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.
See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativiti
pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua
Sekolah Malaysia 2: 61-66.
Selwyn, N. 1997. Students' Attitudes Toward Computers: Validation of a Computer
Attitude Scale for 16-19 Education. Computers Education. 28 (1), 35-41
Shaharudin Salleh 1986. Pengenalan Kepada Komputer. Petaling Jaya : Federal
Publications.
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shaifol Bahary Sulaiman 2002. Asas Permainan Bola Sepak (Perisian Interaktif)
Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari.
Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi, hlm 29-
38.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi
Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia,Bangi.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Sains perpustakaan untuk institusi perguruan. Kuala
Lumpur: Federal Publication.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala
Lumpur: Federal Publication.
24
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pratikum Berpasangan Fasa 1, MPBP (Perisian
Interaktif)
Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din Hassan. 2000.
Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer selepas kursus latihan
guru sekolah bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan. Alor Star, 25 -28
Jun.
Siti Fatimah Mohd. Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan teknologi maklumat bagi
mengasah kemahiran berfikir. Inovasi dalam perkaedahan pengajaran Bahasa,
Sains sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbitan UKM.
Siti Hawa Ahmad. 1997. Sekolah bestari di Malaysia: Mereka semula sistem pendidikan
di Malaysia. (atas talian) http//www.eprd.kpm.my (17 April 2003).
Skinner, B. F. 1968. The technology of teaching. New York : Appleton-Century-Crofts.
Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning : Teory, research and practice. New Jersey:
Merril/Prentice Hall.
Smart School Task Force. 1997. The Malaysian smart school-an MSC flagship
aplication : A conceptual blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Sorotan akhir tahun: Komitmen Kerajan terus rangsang sector ICT. 2002. Utusan
Malaysia 25 Disember: Ekonomi ms 24
Squires, D. 1997. Providing computer-base experince for learning physics. Physic
Educatio, 22: 39-24.
Stewart, L. and Michale, T. 1989. Parent’s guide to education software and computer.
San Diego: Computer Publishing Enterprise.
Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi : Teori dan praktik. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan
komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5.
Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. berita
harian 7 Januari : Pendidikan ms 8
25
Woolfolk, A.E. 1992. Educational psychology. Boston: Ally and Bacon.
Yong Soe Han (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Yusof Hashim . 1993. Buletin UNESCO Malaysia. Jilid 5, Nov. 1993
Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran
berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1990. pentadbiran pendidikan, K.Lumpur: Fajar Bakti
Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal
Publications.


11 comments:

  1. Assalamualaikum..artikel ni berguna untuk kerja kursus saya,tq..

    ReplyDelete
  2. Artikel ini sangat baik..Boleh dijadikan panduan untuk diaplikasikan oleh para guru..Tahniah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...perkongsian yang amat baik.Saya minta izin untuk gunakan artikel ini.TQ

    ReplyDelete
  4. terima kasih ats entry ni cikgu... t.1 cikgu jd guru sy..skrg sy di U..cikgu msih bntu sy xscra tdak lgsung...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih .Entry yang dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Satu maklumat yang berguna. Izinkan saya menggunakan artikel ini sebagai panduan dalam tugasan saya.

    ReplyDelete
  7. salam.....boleh tak saya dapatkan bahan dari pihak tuan bagi RBI Pebble in the pond by MD Merrill.....dah cari tapi blankkk

    ReplyDelete
  8. salam.....boleh tak saya dapatkan bahan dari pihak tuan bagi RBI Pebble in the pond by MD Merrill.....dah cari tapi blankkk

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam.....boleh tak saya dapatkan bahan dari pihak tuan bagi RBI Pebble in the pond by MD Merrill.....dah cari tapi blankkk

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sgt2, ia bnyak membantu saya.

    ReplyDelete