Dunia era globalisasi kini
memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam
teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu
turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para
guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan
perkembangan dunia semasa.