Pelbagai aspek
harus dikaji dan difikirkan dalam mengatur strategi dan pelaksanaan pengajaran
Bahasa Melayu dalam melangkah ke era abad ke 21 menuju negara maju. Keperluan terhadap kemahiran literasi dalam pengajaran
bahasa dan kesusasteraan Melayu seharusnya selari dengan perkembangan dan
kehendak kemahiran literasi dalam era masa kini. Lima aspek yang penting dalam
kemahiran literasi, iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir
memerlukansuntikan yang
baru bagi menghasilkan generasi muda yang berketerampilan dalam penguasaan bahasa
(Mahzan Arshad, 2003).
Bersesuaian
dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat, pengajaran Bahasa
Melayu perlu difokuskan kepada penggunaan peralatan komputer dan teknologi komunikasi
bagi mendapatkan maklumat sama ada dengan melayari laman web yang bersesuaian atau
menerusi pesanan ringkas elektronik. Pelajar juga diharapkan dapat menghasilkan
bahan penulisan menggunakan pelbagai perisian sama ada bagi pemprosesan
perkataan dalam Bahasa Melayu dan dapat menggunakan ciri-ciri perisian tersebut
bagi membantunya membina ayat dan menggunakan perkataan atau istilah yang tepat
ataupun dapat menggunakan perisian yang bercorak penyelidikan. Pedagogi bilik
darjah Bahasa Melayu alaf baru perlu akan guru yang mahir menggunakan peralatan
komputer, perisian komputer yang bersesuaian sebagai bahan pengajaran, malah
mungkin sampai peringkat guru dapat membina bahan dan perisian komputer sendiri
dalam pengajaran bahasa dan sastera Melayu. Guru Bahasa Melayu juga perlu
membimbing pelajarnya menggunakan e-mel dan e-dagang dalam berkomunikasi secara
lebih pantas dan mudah menerusi ruang siber dan peralatan multimedia. Kemahiran
tersebutlah yang perlu dikuasai oleh guru Bahasa Melayu, dan latihan perguruan
harus memberikan pendedahan awal kepada bakal guru supaya dapat menggunakan
peralatan tersebut dengan berkesan.
Gaya penyampaian
maklumat guru Bahasa Melayu juga telah berubah mengikut perkembangan peralatan
multimedia terkini. Jika dahulu penulisan bahan dan maklumat dalam Bahasa
Melayu hanya dapat disampaikan dalam bentuk kertas yang bercetak, sama ada
dalam bentuk majalah, akhbar, atau buku, pada alaf baru ini bahan penulisan dan
maklumat dalam Bahasa Melayu dapat disampaikan dengan cara yang agak berbeza.
Dalam mod penyampaian yang baru ini, teks tidak sahaja dapat disampaikan dalam
bentuk bahasa yang gramatis dan tersusun dalam perenggan yang lengkap menerusi
media percetakan. Maklumat masa kini dapat disampaikan menerusi peralatan
multimedia dalam pelbagai bentuk yang lebih menarik dilengkapi dengan pelbagai
kesan audio dan visual. Sebagai contoh, maklumat menerusi multimedia yang
paling popular masa kini ialah bahan berbentuk visual tiga dimensi berserta kesan
audio yang melengkapi teks yang ditulis. Oleh itu pendidikan bahasa dan
kesusasteraan Melayu di sekolah hari ini perlu menyiapkan pelajar dengan
kemahiran mereka bentuk bahan yang bukan sahaja dalam bentuk penulisan karangan
yang lengkap dan gramatis semata-mata. Mereka perlu mempunyai daya kreativiti
bagi menjadikan maklumat yang disampaikan dapat menarik minat pembaca. Di
samping menguasai kemahiran menulis, pe1ajar juga perlu dilatih supaya dapat
membina bentuk grafik, visual tiga dimensi, dan kesan audio bagi melengkapi bahan
berbentuk penulisan tersebut.
Zamri Mahamod
2011, menyatakan bahawa guru bahasa Melayu abad ke 21 perlu menguasai beberapa
strategi P&P seperti
· Strategi
pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaboratif (cooperative and collaborative learning)
· Strategi
pengajaran dan pembelajaran kontekstual (contextual learning)
· Strategi pengajaran dan pembelajaran masteri (mastery learning)
·
Strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah (problem
based learning)
·
Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar (student
centred learning)
· Strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul (modul
based learning)
·
Strategi pengajaran dan pembelajaran metakognitif (metacognitive
learning strategies)
· Strategi pembelajaran konteks luaran (outside context learning
strategies)
WAN DYARUDIN BIN WAN MUSTAPPA
wdya70@yahoo.com
thanks
ReplyDelete