Pentingnya Pembelajaran Masteri
- Salah satu daripada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar ialah melalui pembelajaran masteri.
- Ini adalah kerana, pembelajaran masteri dapat:
- meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya rendah.
- sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaianyang tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.
- Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
- Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya:
- ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
- pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti
- Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.
- Rajah meringkaskan proses pembelajaran masteri.
- Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda:
- menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;
- menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
- merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
- melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi pelajar berdikari.
- Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda:
- menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar
- menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai
- mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara;
- menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar; dan
- menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri
- Berapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk melaksanakannya.
- Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
- Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran;
- Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;
- Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan
- Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
- Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80%
- Anda boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.
- Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri
- Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
- Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
- Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
- Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
- Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri;
- Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
- Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik;
- Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
- Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
- Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.
- Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.
- Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
- Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.
- Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
- Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
- Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
- tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
- belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
- betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
- memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
- membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
- Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.
Rumusan
- Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
- Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boeh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
- Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda untuk:
- menentukan hasil pembelajarn yang perlu dikuasai;
- mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai;
- mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran befikir di kalangan pelajar;
- merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;
- menilai secara formatif dan sumatif; dan
- menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
- Pembelajaran masteri menggalakkananda menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga menggalakkan anda mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar anda dapat menguasai apa yang diajar.
- Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain.
- Pencapai pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment