Tuesday 5 November 2013

PROFESION PERGURUAN YANG CEMERLANG

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama’. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai–nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Guru merupakan golongan pendidik yang banyak berjasa serta menabur bakti untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa kita. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan para pelajar harus dan wajar memberi penghormatan serta pengiktirafan yang tertinggi atas pengorbanan dan sumbangan guru- yang sentiasa bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita.
Kita juga harus meletakkan martabat guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia kerana para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Prestasi, imej dan kualiti perkhidmatan mereka yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Golongan pendidik adalah seperti lilin, membakarkan diri demi menerangi orang lain. Oleh sebab itu, profesion guru disanjung tinggi oleh masyarakat.
Guru ialah mereka yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh al-Quran: ‘Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat’.
Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain serta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah s.a.w. Mereka diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain, mereka sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda.
Imam al-Ghazali menyatakan, ‘tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada kemulian yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian’. Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada matlamat atau tujuan diutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai nabi dan rasul kepada umat manusia. Di samping menjadi rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan pendidik. Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan. Merujuk kepada al-Quran, Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Mujaadalah, ayat 11 yang bermaksud :
‘Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan’.
Melalui ayat ini diperjelaskan tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para guru atau pendidik. Pendidikan adalah aset penting yang menghala tuju pembangunan negara serta aset yang bernilai dalam pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan jati diri atau keperibadian yang unggul.
Guru perlu memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru yang cemerlang bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta amanah dalam menjalankan tugasnya.
Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas; yang di dalam Islam guru sebenar guru ini dikelaskan sebagai:
a. al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar.
b. al-murabbi : menjayakan proses tarbiah.
c. al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti.
d. al-mursyid : membentuk kepimpinan insan.
e. al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran.
Seorang guru yang cemerlang tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia menyalahkan dirinya terlebih dahulu, dan di samping itu pula berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi.
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet serta mendepani arus globalisasi, dunia telah membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya ICT merubah dunia pembelajaran, umpamanya muncul pembelajaran melalui 'online'. Para guru pada hari ini perlu bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.
Sebagai pemangkin, guru perlu menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata, tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Penguasaan ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, insya-Allah akan dapat melahirkan generasi yang berilmu, bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan bersesuaian dengan kehendak pasaran dunia pada alaf baru ini.
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu dalam kalangan kita semua. Oleh yang demikian, profesion perguruan adalah merupakan satu profesion yang tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. Ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 9 yang bermaksud:
Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna’.

Sumber: Ringkasan ucapan TOKOH GURU KEBANGSAAN 2007

2 comments:

  1. Brothers / Sister ini. Adakah anda sedang mencari pinjaman untuk membiayai perniagaan besar atau kecil anda, kami akan membantu anda mendapatkan jumlah yang besar pinjaman yang anda inginkan untuk perniagaan anda, kami menawarkan perniagaan kelas pertama dan pinjaman komersial bagi membolehkan perniagaan kecil mencapai kejayaan dalam mendapatkan memulakan atau membiayai semula penarafan kredit Bad perniagaan mereka diterima dan prestasi perniagaan miskin accepted.apply hari ini melalui e-mel osmanmoneyfinance@gmail.com
    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama:
    Seks:
    alamat:
    pekerjaan:
    Negeri:
    negara:
    Nombor telefon:
    Tempoh Pinjaman:
    Pinjaman Diperlukan:
    Pernahkah anda memohon sebelum ?:
    Email kami osmanmoneyfinance@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Brothers/Sister's. Are you looking for loan to finance your large or small business,we'll help you get the large amount of loan you desire for your business,we offer first class business and commercial loan to enable small scale business attain success in obtaining start up or refinance their business Bad credit rating accepted and poor business performance are accepted.apply today via email osmanmoneyfinance@gmail.com

    LOAN APPLICATION FORM
    Name:
    Sex:
    Address:
    Occupation:
    State:
    Country:
    Phone Number:
    Loan Duration:
    Loan Needed:
    Have you applied before?:
    Email us osmanmoneyfinance@gmail.com

    ReplyDelete