Tuesday, 14 August 2012

Pendekatan Konstruktivisme

Ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Salah satu pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara Kognitivisme. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget.

Monday, 13 August 2012

INOVASI GURU BAHASA MELAYU (GBM) MEKANISME PENGAJARAN BERKESAN

Menjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi pelajaran menjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatari keceriaan dan keharmonian proses pengajaran menjadi pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang telah dirancangkan. Sehubungan itu, guru bahasa Melayu (GBM) sebagai individu sentiasa bersama murid memainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses P&P yang mampu memberi daya tarikan di kalangan para murid. Tegasnya, kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru yang ditunjangi daya inovasi menjadi asas utama berhubung isu ini.

Sunday, 12 August 2012

KONSEP PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK)


Pengajaran dan pembelajaran masa lalu, asas pengetahuan bagi pendidikan guru banyak berfokus kepada pengetahuan isi kandungan (Shulman 1986). Hanya sejak akhir akhir ini, pendidikan guru mula memberi tumpuan kepada bidang pedagogi (Magnusson, Borko & Krajcik 1998). Penyelidikan ke atas pedagogi lebih banyak tertumpu kepada penggunaan amalan pedagogi am dalam bilik darjah dan berasingan daripada sebarang mata pelajaran yang berkaitan. Bagaimanapun, terdapat beberapa orang penyelidik yang cuba menghidupkan semula perbincangan berhubung dengan perkaitan antara pengetahuan isi kandungan sesuatu topik, dengan amalan pengajaran bagi seseorang guru (Borko et al.1992; Borko & Putnam 1996; Magnusson et al. 1998).

Pembelajaran Masteri

Pentingnya Pembelajaran Masteri
    1. Salah satu daripada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar ialah melalui pembelajaran masteri.
    2. Ini adalah kerana, pembelajaran masteri dapat:
      1. meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya rendah.
      2. sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaianyang tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.

Saturday, 28 July 2012

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Koperatif
Pengajaran dan pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru ini tidak menepati
strategi yang disarankan di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
yang menekankan strategi berpusatkan pelajar. Strategi pemusatan pelajar menggalakkan
pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran dan bukan sebagai
penerima maklumat semata-mata. Sehubungan dengan itu, antara teknik-teknik yang sesuai
adalah kerja berkumpulan dan perbincangan sesama pelajar. Namun begitu, masalah yang
biasa timbul apabila teknik tersebut digunakan ialah hanya sebahagian kecil pelajar yang
melibatkan diri dan terdapat pelajar yang mengambil kesempatan di atas usaha rakan
yang lain atau tidak bekerjasama. Dengan mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku,
emosi dan sosial pelajar, satu kaedah yang mengendalikan kerja berkumpulan di dalam
kelas mengikut prosedur tertentu telah diperkenalkan. Kaedah tersebut dikenali sebagai
pembelajaran koperatif (PK).

Thursday, 31 May 2012

STRATEGI DAN PELAKSANAAN PROSES P&P BAHASA MELAYU

Pelbagai aspek harus dikaji dan difikirkan dalam mengatur strategi dan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dalam melangkah ke era abad ke 21 menuju negara maju. Keperluan  terhadap kemahiran literasi dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu seharusnya selari dengan perkembangan dan kehendak kemahiran literasi dalam era masa kini. Lima aspek yang penting dalam kemahiran literasi, iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir memerlukansuntikan yang baru bagi menghasilkan generasi muda yang berketerampilan dalam penguasaan bahasa (Mahzan Arshad, 2003).

Saturday, 14 April 2012

PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU (GBM)

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa.

Thursday, 8 March 2012

PENGETAHUAN PROFESIONAL GURU BAHASA MELAYU

Dalam konteks masyarakat moden, perkataan guru membawa maksud yang luas dan tidak terbatas. Individu yang melibatkan diri mereka sama ada secara formal atau tidak formal bagi menyampaikan ilmu pengetahuan atau kepandaian kepada orang perseorangan atau kelompok individu digelar sebagai guru (Atan Long, 1984).
Ahli-ahli sains sosial melabelkan golongan guru sebagai pendidik, pengajar, pengasuh dan pembimbing yang bertanggungjawab menyebar ilmu pengetahuan, mencorak tingkahlaku dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar. Tugas terpenting guru adalah melaksanakan proses dan pedagogi pengajaran yang membolehkan pembelajaran berlaku mengikut matlamat dan mencorakkan pola perlakuan yang berkualiti dan berkesan.

PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KONTEKS PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Proses pembinaan PCK perlu memenuhi beberapa langkah yang  berikut (Shulman 1987) iaitu Kefahaman, Transformasi, Pengajaran, Penilaian, Refleksi dan kefahaman baru.

Saturday, 11 February 2012

TEORI PSIKOANALISIS

      Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang
dipelopori oleh Sigmund Freud.  Beliau berasal dari
Moravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan nama
Slovakia.  Beliau bermula sebagai seorang doktor
perubatan dan sebagai penyelidik menumpukan
penyelidikannya kepada kecelaruan saraf. 

Tuesday, 7 February 2012

PRINSIP-PRINSIP DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Guru bahasa Melayu perlu mempunyai prinsip mengenai bagaimana cara bahasa Melayu itu diajarkan atau dipelajari. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.

Thursday, 2 February 2012

Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan  penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.